Wednesday, August 6, 2014

Lukisanku nukilanku

Aku memang tak reti utk menulis essei-essei yang panjang dan berjela. Anda mungkin juga boleh kata aku
malas untuk berbuat begitu. Tapi aku bercerita melalui lukisan.

BEBASLAH PALESTINE


Sekarang ini cerita ku tentang kebebasan di Gaza, harapanku, doaku agar Gaza bebas dan MENANG ke
atas Israel LAKNATULLAH.


'Bersama kita tembakkan doa kepada mereka'


Aku harap lukisan ini tersebar luas bagi menunjukkan harapan kita tentang Palestine.

Monday, August 4, 2014

Palestina Tercinta.


Qum Ya Fulan,
Faazzin Annahu,
La Yadkhul Jannah Illa Mu'min,


Sesungguhnya Allah akan membantu orang yang membantu AgamaNYA.
              
                     "Tembak doa untuk saudara-saudara kita di sana."

Kata-kata dari seorang sahabat. Lucu bunyi nya bagi aku. Tapi itulah yang kita perlu lakukan.

Doa adalah senjata orang mukmin.

Sunday, February 10, 2013

PEMBERITAHUAN

Untuk pengetahuan umum komik yg kedua sedang berada ditahap akhir pembikinan. Tak lama lagi akan diPULISH. Tak sabar nye~

Sunday, December 16, 2012

pemuda yang ikhlas dengan cinta

Assalamualaikum . Kali ini , kami nak kongsikan cerita sebenar yang telah kami adaptasi dalam bentuk komik . Mungkin dengan membaca kisah ini , anda lebih faham apa yang kami nak sampaikan dalam komik Sebuah Pertemuan itu . Terima kasih kepada naurah iftinan ! Selamat Membaca !!

Pada zaman dahulu, ada seorang jejaka yang sangat suka membaca dan selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel dan buku cerita. Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis pada kulit novel itu nama dan alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis di situ : "Zulaikha, ikhlas dan perlukan sahabat."

Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis misteri itu. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis tersebut bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka.

Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu mereka masih belum pernah bersua muka. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis misteri dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat rupa masing-masing, tetapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.

Pada suatu hari, si jejaka dipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka merasa amat susah hati kerana dia bimbang sekiranya dia mungkin tidak dapat berjumpa dengan si gadis kesayangannya. Maka diutuskannya sepucuk surat berbunyi, "kalau Allah panjangkan jodoh kita, dan andai kamu masih sayang padaku, kita berjumpalah di stesen keretapi pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah. Setelah itu izinkanlah aku membawamu untuk makan malam dan bertemu orang tuaku."

Maka pergi lah jejaka ke medan perang dengan tenang setelah mengutuskan surat itu...

Beberapa bulan kemudian...

Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi yang dijanjikan sambil memegang sekuntum bunga mawar merah di tangannya. Diperhatikannya seorang demi seorang gadis yang berada di stesen keretapi itu sekiranya ada yang turut memegang bunga mawar merah sepertinya.

Tiba-tiba, si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi, sedikit hitam dan berjerawat mukanya duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling seolah-olah mencari seseorang. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah. Sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah. Si jejaka sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis pujaannya selama ini amat berbeza dari imaginasinya, namun dia memberanikan diri menghampiri gadis tersebut.

"Zulaikha?"

Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum ceria. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata, "aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama kedua ibu bapaku. Orang tuaku tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu denganmu," kata jejaka itu.



**Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa. Dia telah mengotakan janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Zulaikha. Masihkah lagi wujud lelaki seikhlas dan seluhur hati pemuda itu? 

Si gadis itu tersenyum lagi dan berkata, "Aku tidak tahu apa yang terjadi. Tetapi ada seorang gadis cantik jelita memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia memintaku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran di hadapan stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu."

Thursday, December 13, 2012

just download

Assalamualaikum ~ sekarang , anda boleh download komik di bawah dengan hanya kLik di sini .. Komik : Sebuah Pertemuan .. *Mohon sebarkan yup ! ^__^

Wednesday, December 12, 2012

Komik : Sebuah Pertemuan


 Assalamualaikum ! Hyepp ~ ! jadi , ni laa keluaran pertama pihak kami . berharap maklum balas drpd kalian . senang kate , ce komen sikit mcm mne komik ni ? segalanya boleh dikomen di chat box tu nnty ! Ohh , ye . mmg ta nmpk tengok cani . jadi , sila klik pada gamba , dan boleh bace yg besar punyee ~ !